Sunday, October 27, 2013

Pengaruh Siam dalam kepercayaan orang Melayu



Rencana Pilihan
Oleh Mohamed Yusoff Ismail
(myis@pkrisc.cc.ukm.my)
Dalam sistem kepercayaan penduduk Melayu Kelantan terdapat beberapa elemen yang berasal dari luar sistem keagamaan Islam. Oleh kerana agama Hindu dan Buddha mendahului kedatangan agama Islam, beberapa elemen Hindu dan Buddha telah diserap ke dalam sistem kepercayaan orang Melayu tempatan.
Tiga daripada elemen kepercayaan berbentuk magis, iaitu besi bat, air jampi tok ca dan minyak mati dibunuh telah lama mempengaruhi persepsi kepercayaan tradisional orang Melayu.
Penyerapan tersebut berpunca daripada pertembungan di antara budaya Siam dengan budaya Melayu, yang telah menghasilkan beberapa ciri budaya Sanskrit.
Besi bat dan air jampi tok ca berkait rapat dengan institusi keagamaan Buddha, sementara minyak mati dibunuh berasal daripada sistem kepercayaan Brahman (phram) yang juga menjadi sebahagian penting daripada sistem kepercayaan orang Siam.
Penerimaan elemen Buddha dan Siam oleh orang Melayu Kelantan dapat dilihat daripada beberapa sudut.
Pertama sekali, penduduk Siam telah begitu lama wujud di Kelantan terutama sekali dalam persekitaran sosial dan budaya Melayu di luar bandar. Tidak hairanlah jika budaya Siam telah banyak mempengaruhi cara hidup orang Melayu tempatan, seperti yang dapat di lihat dalam hal-hal yang berkaitan dengan konsep semangat dan makhluk halus.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa beberapa elemen dalam kedua-dua budaya Melayu dan Siam mempunyai asal usul dan sumber yang sama yang saling mempengaruhi di antara satu sama lain (Cuisinier 1936:2). Kehadiran masyarakat Siam juga telah memberikan beberapa pilihan kepada masyarakat Melayu tempatan dalam penggunaan kaedah magis bagi menangani masalah dalam hidup seharian mereka. Penggunaan magis Siam oleh orang Melayu biasanya tidak dianggap bertentangan dengan prinsip Islam kerana langkah tersebut dikategorikan sebagai ``ikhtiar'', iaitu satu bentuk pewajaran sosial yang diterima umum di kalangan penduduk di Kelantan, biarpun ada di antara mereka yang mempunyai pendirian yang ortodoks. Perkara ini boleh dilihat sebagai satu pragmatisme sosial di kalangan penduduk yang mempunyai sikap terbuka dari segi pinjam meminjam elemen silang budaya.
Keduanya, amalan sistem kepercayaan Buddha dalam satu ruang sosial yang dikuasai oleh orang Melayu beragama Islam pada umumnya tidak menimbulkan konflik budaya yang serius. Beberapa buah perkampungan Siam telah lama dibangunkan di kawasan luar bandar di Kelantan semenjak lebih dari seratus tahun yang lepas. Masyarakat Siam dapat mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa diganggu oleh mana-mana pihak meskipun terdapat beberapa batasan tertentu.
Di samping itu golongan biku dan biara, yang mewakili institusi keagamaan Buddha, mempunyai sifat terbuka terhadap orang Melayu tempatan. Justeru orang Melayu diberikan layanan baik jika mereka memerlukan bantuan perbomohan atau perkhidmatan yang disediakan oleh pengamal magis dan pengamal ilmu perubatan tradisional yang terdiri daripada dua golongan, iaitu golongan biku dan golongan tuna biarawan.
Di Kelantan terdapat orang Melayu yang sering mengunjungi pengamal magis Siam atau biku yang menjadi bomoh terkenal. Kunjungan tersebut adalah untuk memperoleh rawatan bagi kes-kes penyakit yang gagal dirawat oleh pengamal perubatan Melayu ataupun perubatan moden. Kunjungan itu boleh juga dianggap sebagai usaha terakhir bagi mengatasi sesuatu masalah yang gagal diselesaikan mengikut cara biasa.
Kehadiran orang Siam telah memberikan orang Melayu Kelantan alternatif lain dalam kaedah perubatan tradisional. Penerimaan alternatif ini menjadi begitu meluas sehinggakan terdapat satu klasifikasi umum terhadap jenis penyakit dari segi cara mengubatinya. Sesetengah penyakit dipercayai lebih sesuai jika diubati oleh pengamal Melayu dengan menggunakan pendekatan Islam, sementara beberapa jenis penyakit lebih berkesan jika ditangani oleh pengamal bukan-Melayu, terutama oleh bomoh Siam dan biku.
Orang Melayu Kelantan menganggap ilmu perbomohan Siam itu sebagai satu pilihan pragmatis di antara beberapa sistem magis dan perbomohan yang sedia ada, termasuklah sistem yang ditawarkan oleh Orang Asli dan golongan bukan-Melayu yang lain. Selain daripada kes-kes yang memerlukan rawatan istimewa, orang Melayu juga mengunjungi pengamal magis Siam untuk mendapatkan bantuan bagi menangani masalah laziman, iaitu masalah yang bukan semestinya bersifat luar biasa. Daripada pengamal magis Siam mereka mendapatkan ubat pengasih, ubat pembenci, tangkal pelindung diri dan pelbagai jenis bahan magis yang tergolong ke dalam bidang magis gelap (sorcery atau manipulative magic).
Selain itu pengamal Siam dikunjungi bagi mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit biasa, iaitu rawatan yang menggunakan ubat-ubatan dan ramuan akar kayu serta bacaan ayat suci (parit) dan jampi mantera. Ada pula yang mengunjungi biara dan menemui biku bagi mendapatkan rawatan ke atas penyakit yang digolongkan sebagai penyakit kena buat orang, iaitu gangguan peribadi yang memerlukan rawatan dalam bentuk curative magic. Bomoh Siam dikunjungi bukan kerana tidak ada perkhidmatan yang sama yang diberikan oleh pengamal Melayu, tetapi terdapat tanggapan umum bahawa ilmu perubatan Siam itu lebih berkesan dan lebih kuat daripada sesetengah cabang dalam ilmu perubatan Melayu. Dikatakan bahawa magis gelap Siam itu lebih berkesan dan lebih kuat daripada magis Melayu kerana pengamal Siam menggunakan ramuan atau perkakasan yang haram di sisi Islam, termasuklah patung Buddha, darah haiwan serta bahan-bahan yang dianggap tidak suci dari segi Islam, seperti cemara babi hutan serta taringnya, dan minyak yang diambil daripada mayat orang mati dibunuh.


15 TANDA BESAR ADA SAKA....Gangguan Tahajjud...



Iaitu semasa anda mengerjakan Solat Sunat
tahajjud...

1.Ada lintasan-lintasan jin samada di-
hadapan atau pada pandangan ekor mata...

2.Ada jelmaan-jelmaan aneh...seperti orang
tua..kanak-kanak...bungkusan mayat...
di hadapan anda...

3.Anda merasa seperti ada orang di tepi atau
di belakang anda...

4.Rasa berat badan tanpa sebab munasabah...

5.Rasa panas badan...iaitu samada bahang panas
itu di dalam atau luar badan (kulit)...

6.Sangat mengantuk...tiba-tiba...

7.sangat takut tanpa sebab munasabah...

8.Sangat bingung tanpa sebab munasabah...

9.Rasa sedih tanpa sebab munasabah...

10.Rasa marah tanpa sebab munasabah...

11.Ada suara memanggil...tapi tak ada sesiapa...

12.Ada benda datang di luar jendela...

13.Ada benda-benda bergerak sendiri...

14.Anda terhidu bau aneh...

15.Tiba-tiba sakit kepala...atau mana-mana
bahagian anggota serta tubuh...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Nota

1.Tanda-tanda lain...ada bisikan dalam hati yang
sangat kuat menghalang anda daripada bersegera
mengerjakan Sunat tahajjud...

2.Juga anda tak dapat bangun samada kerana di-
tindih sesuatu atau kerana badan terasa sangat
berat...

3.Kerasukan...apa juga jenis rasukan...

18 BEZA ANTARA SAKA DAN SIHIR...



Samada saka atau sihir...kedua-duanya dari
sebab gangguan jin...maka banyak persamaan-
nya kecuali pada beberapa perkara...

Antaranya...

Asal usul jin...

1.Jin saka biasanya datang dari keluarga atau
keturunan sendiri...(...tapi ada juga punca lain).

Sedangkan... jin sihir itu adalah dari kiriman
orang lain...

( @sila rujuk tajuk 12 cara dapat saka...)

2.Gangguan jin saka sudah bermula sejak sekian
lama...malah ada yang sejak bayi atau juga sejak
ia masih dalam kandungan lagi...

Sedangkan...jin sihir itu adalah jin yang baru...
atau tiba-tiba datang....

3.Jin saka itu berpindah kepada orang yang paling
rapat dan disayangi tuannya...

Sedangkan...jin sihir itu ditujukan kepada orang di-
benci oleh seseorang lain...

Sasaran...

4.Jin saka biasanya memilih sendiri bakal tuan baru-
nya...

Sedangkan...jin sihir biasanya datang kepada orang
yang diperintahkan kepadanya...

5.Jin saka lebih cenderung mengganggu semua orang
dalam satu keluarga...

Sedangkan...jin sihir lebih cenderung mengganggu
seseorang yang telah ditetapkan...

6.Jin saka akan masuk ketubuh siapa sahaja yang dapat
ditembusinya...

Sedangkan...jin sihir lebih cenderung tetap kepada seorang.

Bentuk Gangguan Atau Serangan...

7.Jin saka akan berpindah pada seseorang mungkin atas
dasar ' kasih sayang yang mendalam ' atau perjanjian...

Sedangkan...jin sihir akan datang pada seseorang dengan
maksud mahu menyeksa atau membunuh...

8.Pada peringkat awal...gangguan jin saka akan lebih ter-
tumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan...

Sedangkan...jin sihir akan menimbulkan gejala kerasukan
dan kesakitan...

9.Gangguan jin saka kadang-kadang menjadikan sese-
orang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti
nampak jin...menilik...bersilat sendiri...mengurut dan mengu-
bat...dan juga sebagainya...

Sedangkan...gangguan jin sihir kerap menjadikan seseorang
itu menanggung penyakit luarbiasa.

10.Gangguan jin saka kadang-kadang tak menimbulkan seba-
rang gejala penyakit...tapi menimbulkan berbagai bentuk tek-
anan pada fikiran dan perasaan...seperti mudah buntu dan
bingung...selalu runsing...risau...takut...marah...malu dan sebag-
ainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk berbagai pera-
ngai atau akhlak buruk...)

Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya menimbulkan berbagai
gejala penyakit fizikal...

11.Sering gangguan jin saka itu 'mencengkam' seseorang dalam
keadaan yang tenang...dan orang lain tak menyedarinya...

Sedangkan...jin sihir itu akan datang dalam suatu keadaan di-
mana seseorang itu rasa diserang...

12.Kadang-kadang jin saka itu tak tahu...ia menyusahkan atau
menganiaya tuannya...

Sedangkan...jin sihir itu memang bermaksud menganiaya malah
mungkin bertujuan membinasakan...

13.Jin saka itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan
maksud nak menjaga...

Sedangkan...jin sihir itu tetap dengan maksud menganiaya seke-
luarga terutama sekiranya kiriman sihir itu bertujuan membalas
dendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.

14.Seringkali gangguan saka itu bentuknya sangat halus...hinggakan
seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka...

Sedangkan...gangguan jin sihir biasanya akan memberi kesan yang
sangat jelas adanya gangguan makhluk halus...

15.Sebahagian jin saka akan mepertahankan tuannya daripada ser-
angan jin lain...termasuk oleh jin sihir...

Sedangkan...jin sihir biasanya akan datang berkumpulan...iaitu se-
bahagiannya tak ada kena mengena...tapi saja nak mengambil kes-
empatan 'menumpang sekaki'...

16.Jin saka biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat
yang baik...(tapi ikhlas tak ikhlas tu lain cerita...tau sajala kalau dah
jin...biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan jadi hasutan...)

Sedangkan...jin sihir biasanya akan membisikkan apa saja yang akan
mematahkan semangat seseorang...

17.Jin saka akan mencari tubuh baru dari kalangan ahli keluarga se-
bagai ganti jika tuannya meninggal dunia...

Sedangkan...jin sihir akan pergi sebaik saja ia selesai melaksanakan
tugasnya...( itu pun tak semua...)

18.Kebanyakan saka akan menimbulkan masalah...seperti menghal-
ang tuannya kahwin...atau menghancurkan rumahtangganya...atau
menghalang daripada mendapat anak...dan sebagainya...

Sedangkan...jin sihir lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali
ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Nota.

1.Ada kisahnya jin sihir yang dikirim kepada seorang wanita tidak
dapat masuk ke tubuhnya kerana dihalang oleh jin saka...

Dan ada kisah lainnya...berduyun-duyun jin liar masuk ke tubuh
seorang wanita kerana di 'jemput' oleh jin sakanya yang terdesak
terkena serangan dari perawat...

Kalau pun dijaga oleh jin saka daripada jin sihir dan sebagainya...
namun pada jangka masa panjang...jin saka juga akan 'makan'
anda...

2.Ada juga gangguan jin saka yang tak menimbulkan sebarang
penyakit yang ketara...tapi ia menjadikan seseorang itu 'gila'
dan ada juga yang jadi pembunuh dari sebab tipudaya jin
sakanya sendiri...

3.Jin sihir di atas bermaksud jin sihir yang dikirim...sedangkan
bagi jin sihir yang diperoleh daripada menuntut ilmu sihir...
ia lebih banyak persamaannya dengan 'kerja' jin saka...

4.Kerap juga jin sihir yang dikirim akhirnya menjadi jin saka
iaitu dengan terus menjadikan ahli keluarga mangsa sebagai
'rumah barunya' setelah sasarannya meninggal dunia...

Wallohu a'lam

Baca sebelum keluar rumah 7 kali dan selepas solat 5 waktu 7 kali juga

Ayat pendinding diri daripada Jin dan syaitan باسم الذي لا يضر مع اسمه شيء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم